Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Wednesday, 24 April 2013
Nasihat Ku Nan sesuai untuk diri sendiri - Husam
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa
menyifatkan nasihat Tengku Adnan Tengku Mansor kononya untuk beliau,
sebenarnya adalah sesuai untuk dirinya sendiri.
Husam berkata
demikian merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno itu hari ini
yang menasihatkan Husam jangan bermain dengan politik kotor.
Jelas
Husam, sebaik dipilih sebagai calon Putrajaya beliau sudah membuat aku
janji bahawa kehadirannya di sini adalah untuk bersahabat dan berpegang
kepada politik madani.
"Saya tidak berbuat apa-apa pun lagi, dan tidak akan bermain dengan politik kotor.
"Misal
isu Linggam, saya tak sentuh pun! Tetapi nasihat Tengku Adnan ini, saya
kira sesuai untuk dirinya sendiri," kata Husam dalam sidang medianya di
sini hari ini.
Dalam pada itu, Husam sudah menjangkakan kempen
kotor di pusat pentadbiran kerajaan itu semakin menjadi-jadi apabila ada
pihak lawan telah mengedarkan buku fitnah terhadapnya.
Menurut
Husam buku yang bertajuk 'Kenali Siapa Husam Musa; Politik Wang dan
Kronisme' tidak mempunyai nama penerbit dan percetakan.
Buku tersebut mengandungi 36 muka surat telah diedarkan di Putrajaya seminggu yang lalu.
Setelah
mendapat nasihat daripada pihak guaman, beliau dinasihatkan supaya
membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dibawah Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954 Seksyen 11(1) C dan D.
Beliau bersama empat peguamnnya dijangka akan membuat laporan polis berhubung perkara ini di Balai Polis Presint 9 hari ini.
Seksyen
itu menyebut adalah menjadi satu kesalahan rasuah bagi mana-mana calon
pilihan raya yang menyebarkan bahan-bahan bercetak yang tidak mempunyai
nama penerbit dan pencetak bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya
tersebut.
Dibawah akta tersebut juga pihak polis boleh menahan orang berkenaan dan boleh di bawa ke mahkamah.
Kesalahan denda RM5,000 atau satu tahun penjara di mana ia boleh menghilangkan kelayakan calon tersebut bertanding.
No comments:
Post a Comment