 Kuala
 Lumpur, 24 April - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) 
tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam 
seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia 
Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari 
ini.
Kuala
 Lumpur, 24 April - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) 
tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam 
seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia 
Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari 
ini.
Justeru, katanya polis akan 
mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut 
Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang 
memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau
 kedua-duanya jika sabit kesalahan.
"Menggambarkan bahawa polis diarah 
untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang 
mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman 
di sini, hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang 
membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai 
undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.
Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit 
Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan
 jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.
Beliau juga memberitahu bahawa 1,430
 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu 
ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah 
(44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.
"Jumlah tangkapan terkumpul sejak 
hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam 
termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan 
pilihan raya," katanya.
Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.
"Balai polis bukanlah tempat untuk 
memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain 
terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu 
kejadian," katanya. - BERNAMA
Sumber Info: Klik SINI
 


 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment