Google+ Followers

Friday, 19 April 2013

3,000 penyokong PAS iringin calon PAS Putrajaya

Perarakan mengiringi calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa

PUTRAJAYA: Kira-kira 3000 penyokong PAS berarak mengiringi Datuk Husam Musa dari  Surau Al Husna  ke pusat penamaan calon.

Pusat penamaan  calon berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9  yang terletak kira-kira 2 km dari surau itu.

Husam dan penyokong terlebih dahulu menunaikan solat hajat dan sunat dhuha sebelum berarak ke pusat penamaan.

(Husam bertembung satu lawan satu dengan Tengku Adnan di Putrajaya)

Mereka berkumpul seawal jam 7.30 pagi dan bergerak ke pusat penamaan kira-kira jam 9 pagi.

P125 Putrajaya kali ini menyaksikan pertembungan dua tokoh 'high profile" masing-masing dari parti BN dan PAS yang  menjadi tumpuan ramai.

PRU ini, Penyandang kerusi Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor untuk kali ini berdepan dengan Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pengarah Roadmap To Putrajaya PAS.

Harapan PAS dan penyokongnya cukup tinggi kepada Husam kerana disinilah pintu yang perlu dibuka untuk Pakatan Rakyat membuat perubahan politik di Putrajaya.

Pada PRU 12 Tengku Adnan memperoleh majoriti 2,734 undi mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad yang mendapat undi 1,304 daripada jumlah pengundi seramai 6,604.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: