Free Widgets

Wednesday 24 April 2013

PRU13: Mat Taib yakinkan Melayu pendalaman, DAP bukanlah ancaman kepada mereka

Kedatangan Muhammad (tengah) berceramah dilihat sebagai satu strategi Pakatan Rakyat untuk menembusi salah satu kubu kuat Umno di Selangor itu. - Gambar fail

PAYA JARAS, 25 April — Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, individu yang pernah menjadi perancang bagi Umno dalam beberapa pilihan raya, meyakinkan orang-orang Melayu di sini, DAP bukanlah parti yang akan menggugat kedudukan mereka.



Bekas menteri besar Selangor itu turut menyakinkan orang ramai gabungan PAS, PKR dan DAP sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia semenjak Merdeka.


“Itulah, dia kata DAP rasis. Tak adalah tuan-tuan, ini semua spin. Orang spinlah DAP perkauman, kalau di spin tuan-tuan, hari-hari kita kata ini jahat, ini jahat, lama-lama orang akan percaya,” kata Muhammad merujuk kepada media arus perdana yang seringkali menggambarkan DAP sebagai sebuah parti perkauman.


“Saya pernah jadi naib presiden Umno, saya tahu macam mana pemimpin Umno bertindak tuan-tuan,” tambah beliau lagi.


Muhammad turut mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.


“Saya tengok PAS ramai pemimpin-pemimpin berkaliber, macam Husam Musa. Saya tengok Rafizi dari PKR, class. Pemimpin-pemimpin macam ni tuan-tuan kalau dibagi tanggungjawab, selamat, selamat mana-mana jabatan yang dijaga.


“DAP ada Tony Pua, di PJ Utara. Ini anak-anak muda tuan-tuan,” kata Muhammad dihadapan 500 hadirin yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu di Padang Paya Jaras Hilir malam tadi.


Muhammad Isnin lalu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan beliau membantu memperkukuhkan lagi imej PAS yang sebelum ini dilihat sebagai sebuah parti “kampung”.


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras merupakan kubu kuat Umno, disandang oleh Datuk Muhammad Bushro Mat dan merupakan satu-satunya kerusi DUN yang terselamat didalam Parlimen Subang daripada ‘tsunami’ politik 2008.


Pada 2008 DUN Subang Jaya dimenangi oleh Hannah Yeoh dari DAP dan Kota Damansara pula dimenangi oleh Dr Nasir Hashim yang menggunakan tiket PKR.


Sebelum itu, calon PAS bagi DUN Paya Jaras Khairuddin Othman merayu kepada hadirin agar memberikan peluang kepadanya kali ini untuk mewakili mereka.


Kedatangan Muhammad berceramah dilihat sebagai satu strategi Pakatan Rakyat (PR) untuk menembusi salah satu kubu kuat Umno di Selangor itu.


Dr Khir Toyo baru-baru ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemimpin Umno tidak seharusnya memandang ringan penyertaan Muhammad kedalam PAS dan mendesak parti itu memerhatikan kempen Muhammad dengan lebih dekat agar undi Melayu tidak beralih dari gabungan pemerintah itu.


Muhammad bekas pemimpin utama Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.


Beliau juga pernah menjawat jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2008 hingga 2009.


Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed walau bagaimanapun menafikan Muhammad menjadi ancaman kepada gabungan itu.


“Sudah tentu terdapat orang yang suka kepada dia, tetapi dia sudah menjadi sejarah … dan dia bukanlah seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang evergreen. Saya tidak fikir dia akan memberikan kesan,” kata Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.


Selangor buat pertama kalinya tumbang ditangan PR dalam Pilihan Raya 2008.
Walaupun memenangi Selangor pada 2008, PR masih lagi lemah dikawasan pendalaman yang didiami oleh majoriti masyarakat Melayu.


Pada Pilihan Raya 2008, PR memenangi 37 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kebanyakkannya kerusi-kerusi DUN di kawasan bandar.


Kawasan pendalaman menjadi kubu kuat BN terutamanya Umno dan kehadiran Muhammad untuk berkempen dijangka akan memberikan impak besar pada pilihan raya umum 5 Mei depan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: