Adnan memohon doa
Beberapa hari lepas, Tengku Adnan Mansor dilaporkan mengadakan solat 
hajat, tahlil, dan doa selamat bersempena dengan pencalonannya di kerusi
 Parlimen Putrajaya menentang Datuk Husam Musa dalam PRU13. Beliau 
sebelum ini didakwa tidak pernah mengadakan solat hajat besar-besaran 
untuk menentang calon daripada parti lawan.
Selepas menunaikan solat hajat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) 
itu menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan 
Kronisme". Buku yang dicurigai kesahihan kandungannya itu  kononnya 
dapat menjadi modal politik untuk mempengaruhi undi penduduk di 
Putrajaya. 
Selain itu, Tengku Adnan cuba memperlekeh kehadiran Husam dengan 
mengatakan bahawa Husam orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya.   
Namun, berdasarkan beberapa tindakannya itu,  kehadiran Datuk Husam 
jelas mampu menggugat kerusi selamat BN di Putrajaya. 
 Adnan membantu memperkenalkan Husam Musa
Pada hari  penamaan calon, Tengku Adnan dengan sombong berkata bahawa 
dia yakin Datuk Husam akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini. 
Tengku Adnan dilaporkan berkata demikian ketika bercakap kepada para 
pemberita pada hari tersebut. Datuk Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding 
melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.
Sebelum menilai kata-kata Tengku Adnan, tontonlah video yang merakam 
suasana hari penamaan calon Datuk Husam di Putrajaya. Puluhan ribu 
rakyat Putrajaya bersedia menguburkan karier politik Tengku Adnan di 
sana. Kehadiran rakyat yang luar biasa pagi tadi memberikan harapan yang
 cerah kepada Datuk Husam untuk membuat kejutan dengan merampas kerusi 
Parlimen Putrajaya kali ini. In sha Allah! - DCM
 Husam Musa mengaku keseorangan
 Hanya beberapa orang penyokong PAS
Ramainya Penyokong UMNO
Bulan Purnama bakal bersinar di Putrajaya
 







 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment