LAHAD DATU - “Hanya kerajaan sahaja boleh bantu kami untuk mulakan hidup
baru” kata Hiya Majidil, 71, apabila melihat rumah didiami bersama 30
anggota keluarganya sejak 49 tahun lalu musnah akibat pencerobohan
pengganas Kiram dari selatan Filipina.
Sinar Harian difahamkan, rumah Hiya antara empat rumah terawal yang dibakar pengganas yang berang kerana penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu enggan bersekongkol dengan mereka.
Katanya, pada 1 Mac lalu, ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas di Kampung Tanduo, mereka sekeluarga melarikan diri sehelai sepinggang.
“Apa kami fikir cuma mahu selamat....kami tak sempat nak bawa apa-apa. Kami kemudiannya ditempatkan di pusat pemindahan sementara sehinggalah hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Hiya antara 100 penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang dibawa masuk untuk melihat kediaman masing-masing selepas 26 hari Op Daulat dilancarkan.

Kesedihan Hiya turut dikongsi anak perempuannya, Siti Aminah, 21, yang
tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat rumahnya musnah.
Siti Aminah menangis teresak-esak sambil bertanya, "Di mana kami nak tinggal selepas ini?"

“Apa lagi yang tinggal untuk kami? Semuannya sudah hancur,” katanya
sambil ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Sementara itu jiran kedua beranak ini, Juhrah Jowak, 48, turut mengalami nasib yang sama apabila rumah mereka turut musnah dibakar pengganas.
Menurutnya, ketika dia melarikan diri bersama keluarganya, rumahnya masih elok lagi dan apa yang dilihatnya semalam sememangnya tidak diduga sama sekali.
“Saya ingatkan rumah saya masih elok.... tetapi lihatlah apa yang sudah terjadi.... bukan saja rumah, malah kebun kami juga turut musnah,” katanya.
Selain Juhrah, adiknya Betty Jowak, 39, dan jirannya Suraidah Omar, 33, juga turut menerima nasib serupa.
Suraidah berkata, dia mengharapkan supaya kerajaan membantu menyediakan kediaman baru buat penduduk yang rumah mereka musnah dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas.

Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment