Datu Amirbahar Hushin Kiram ketika ditangkap
Datu Amirbahar Hushin Kiram
Sharing Is Caring.... Penemuan ini telah dibongkarkan oleh portal berita Agenda Daily seperti di bawah ini :
MENGEJUTKAN… dalam dok godek2 facebook cari cerita mengenai Jamalul
Kiram, Agendadaily terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar
Hushin Kiram.
Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac
lalu. Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri
Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.
Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.
Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.
Datu Amirbahar Hushin Kiram sedang memberi taklimat
Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis
terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada
kaitan dengannya.
Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.
Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu
portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim
Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu
berdialog.
Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam
1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi
tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad
memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan
Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan
satu Cina yuan.
Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping
yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing
yang dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.
Mereka-mereka yang hadir mendengar taklimat Datu Amirbahar Hushin Kiram
Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh
Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak
berkuasa 12 Febuari.
Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan
logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram
bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.
Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.
Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli
perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas
Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.
Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri)
Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat
berikutan pencerobohan Lahad Datu.
Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah
keturunan Kiram, dan dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis
menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.
Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar,
dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing
ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.
Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh
rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan
Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…
Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber
melaporkan AmirBahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang
dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam
anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri
Jaya Siminul pada 2 Mac.
Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan
seorang lagi bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari
kampung
Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.
Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara
keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah
kesultanan Sulu.
Esmail,yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling
terpelajar di kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di
Sabah pada November tahun lepas.
Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji
Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam
pencerobohan Lahad Datu.
Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan
mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan
kerajaan.
Haji Kaluang, ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.
Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan
sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di
lokasi rahsia di Semporna.”
-Agendadaily.com
No comments:
Post a Comment