Pasukan keselamatan bergambar kenangan
“Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan berterima kasih kepada pihak Celcom di atas sokongan sebanyak 3000
keping kad prabayar untuk kegunaan petugas-petugas keselamatan di Lahad
Datu” - Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
FELDA SAHABAT 16, 21 Mac – Di atas sokongan pengorbanan pasukan keselamatan yang kini sedang berjuang dan mencurahkan khidmat bakti demi keselamatan rakyat khususnya di Lahad Datu, Sabah, Syrikat Celcom telah memberikan sumbangan 3000 keping kad prabayar.
“Melihat anggota-anggota saya yang keluar dari medan pertempuran, perkara utama yang mereka lakukan adalah mencapai telefon bimbit dan berbual dengan ahli keluarga. Saya melihat bentuk sokongan Syarikat Celcom ini adalah suatu usaha yang murni”, ujar Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifli bin Mohd Zain, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Hadir sama Y.Bhg Encik Choo Meng Chung, Director Regional Sales Sabah / Sarawak, Pegawai Kanan Polis / Tentera, Pegawai-Pegawai daripada Celcom Malaysia, Anggota Polis / Tentera dan Rakan Media.

No comments:
Post a Comment