Balachandran Prabhakaran diberi makan
Gambar yang menunjukkan saat terakhir sebelum seorang kanak-kanak
berusia 12 tahun dibunuh oleh tentera Sri Lanka, tersebar. Melalui
gambar tersebut, terungkap bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sempat
diberi makanan sebelum ditembak mati.
Gambar kanak-kanak yang bernama Balachandran Prabhakaran, anak pemimpin
pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaranini, diambil pada Mei
2009 lalu, tengah berlaku konflik besar-besaran antara kerajaan Sri
Lanka dengan kumpulan pemberontak Tamil.
kerajaan Sri Lanka selama ini mendakwa bahawa Balachandran mati dalam
tembak-menembak antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak.
Namun kewujudan gambar tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut
ternyata dihukum mati secara keji oleh tentera Sri Lanka. Demikian
seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (20/2/2013).
Gambar pertama menunjukkan Balachandran yang sedang ditahan tentera Sri
Lanka, duduk di sebuah bangku sambil memakan snack.kelihatan gambar
kanak-kanak ini hanya berseluar pendek.
Namun gambar di bawah benar-benar memilukan hati. Balachandran kelihatan
terbaring di tanah dalam keadaan tidak bernyawa,dan kelihatan luka
tembakan di dadanya.
Menurut hasil pemeriksaan, terdapat 5 luka tembakan di bahagian dada
Balachandran. Dari lukanya, budak tersebut ditembak dari jarak dekat.
Pekara membuktikan kerajaan Sri Lanka yang menyatakan bahawa
Balachandran mati dalam adengan tembak-menembak adalah palsu.
Gambar-gambar Balachandran ini dipaparkan dalam filem dokumentari
berjudul 'No Fire Zone' yang diterbitkan oleh pengarah Callum MacRae.
Menurut MacRae, foto-foto tersebut menjadi tamparan bagi kerajaan Sri
Lanka.
Balachandran Prabhakaran ditembak mati
"Gambar-gambar itu menunjukkan ketika dia dalam tahanan, dan bahkan
sempat diberi makanan, sebelum akhirnya dibawa dan dilaksanakan hukuman
secara keji," terang MacRae.
Pihak tentera Sri Lanka menyatakan dengan kesal insiden itu. Menurut
jurucakap tentera Sri Lanka, Brigadier PR Wanigasooriya, pihaknya selalu
dituduh melakukan pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia, namun
tidak pernah ada bukti yang menyokong tuduhan tersebut.
"Tidak ada bukti kuat yang membuktikan tuduhan tersebut yang mampu membuat kami melakukan siasatan," katanya.
No comments:
Post a Comment