Ketibaan Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Kuala Lumpur, 21 Mac – Ketua Polis Negara, Tan
Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail bin Hj Omar yakin Polis Diraja Malaysia
(PDRM) bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pilihan raya kali
ini biarpun dijangkakan lebih mencabar dibandingkan pilihanraya umum yang lalu.
Persediaan rapi dilaksanakan kerana PDRM sentiasa komited dalam merealisasikan hasrat dan dasar untuk menentukan ketenteraman awam diberi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.
Menurutnya, warga PDRM perlu mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang dan profesional dengan mengadakan persediaan awal dan rapi, penyeliaan yang berkesan dan komitmen semua pihak yang terlibat.
“Di antara persiapan yang dibuat termasuklah mengadakan kursus, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, keperluan logistik, kebajikan dan sebagainya.
“Elemen tenaga sumber manusia dan sokongan logistik seperti kenderaan dan komunikasi perlu diaturkan penugasan secara strategik supaya semua situasi dapat ditangani. Persiapan juga termasuklah mentafsir tahap ancaman dan sebagainya,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Ketua Polis Negara (KPN) Bersama Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander dan Komandan serta pegawai-pegawai kanan PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini.
Tambahnya, masyarakat perlu diyakinkan bahawa keadaan keselamatan dalam negara adalah dalam kawalan polis dan tidak sebagaimana yang ingin digambarkan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab seolah-olah ketenteraman awam tidak dapat dikekalkan oleh PDRM.
“Justeru advokasi melalui media baru seperti Facebook, Twitter, Portal Rasmi PDRM juga mestilah menjurus kepada kempen keamanan demi mencegah penularan hasutan dan berita-berita palsu berkisar kepada PRU 13.
“ Saya ingin tegaskan bahawa pegawai dan anggota yang menjadi petugas dalam pilihan raya kali ini, supaya tidak berkompromi dengan apa juga anasir yang cuba mengganggu gugat pilihan raya dan akan bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang,” katanya.
Menurutnya, pegawai dan anggota PDRM perlu memastikan ketenteraman awam dikekalkan, tidak dirosakkan oleh mana-mana pihak atau individu untuk kepentingan mereka.
“Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa ketenteraman dan keselamatan sepanjang proses pilihan raya kelak akan dijamin berjalan dengan lancar dan adil.
“Desas-desus dan hasutan yang mengapi-apikan keadaan huru-hara seperti rusuhan kaum dan keadaan kucar-kacir selepas PRU 13 haruslah ditangani dengan baik untuk tidak membangkitkan perasaan panik di kalangan masyarakat,” katanya.
Tidak ketinggalan Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban di dalam Op Daulat di Sabah dan mendoakan semoga pegawai-pegawai yang cedera segera sembuh.
“Saya menyeru semua hadirin untuk mendoakan pasukan keselamatan PDRM dan ATM yang sedang bertugas di Sabah untuk membanteras pengganas di Lahad Datu dan kawasan-kawasan lain yang telah dikenal pasti sebagai tempat persembunyian pengganas ini,” katanya.
Persidangan selama dua hari ini adalah acara tahunan yang diadakan bersempena sambutan Hari Polis Ke 206.
Antara pengisian persidangan selama dua hari itu ialah pembentangan tiga analisis berkaitan persediaan pilihan raya yang bertujuan mencari kaedah keselamatan terbaik untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

No comments:
Post a Comment