DS Najib di perasmian Konvesyen Media Sosial Malaysia di PWTC
Beberapa hari ini pemerhati politik tanahair berada didalam keadaan
tidak tenang. Siang malam mereka tertanya-tanya siapakah calon-calon
yang akan mengisi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU yang akan
diadakan tidak berapa lama lagi. Sebenarnya rasa ingin tahu itu
sememangnya semakin membuak-buak bukan saja dikalangan mereka bahkan
para penyokong dan pengikut parti-parti yang bertanding.
Sudah tentulah mereka yang selama ini mewakili parti memberikan khidmat
kepada rakyat. Berbagai spekulasi dibuat oleh banyak pihak dalam dalam
siri serangan provokasi berkenaan dengan pencalonan bagi melemahkan
semangat pihak penyokong parti lawan. Namun yang lebih berdebar-debar
tentulah mereka yang sudah menjadi calon serta mereka yang ada harapan
untuk dicalonkan.
Ada kalangan sahabat menanya siapakah calon di kerusi itu serta apakah
si-polan dicalonkan...dan sebagainya. Sehingga malam ini, senarai nama
calon-calon bagi kerusi dun Pahang masih menjadi rahsia. Demikian juga
nama-nama calon parlimen UMNO di Pahang masih jadi tandatanya.
DS Najib dalam kenyataannya siang tadi memaklumkan secara keseluruhannya
33% kerusi parlimen dan 49% kerusi dun akan di isi oleh muka baru.
Bukan bermakna calon yang dipilih itu adalah dari kalangan muda
semata-mata, namun ianya adalah calon yang sebelum ini belum pernah
diberikan peluang untuk menyumbangkan khidmat baktinya kepada rakyat.
Apa yang penting adalah DS Najib melihat dalam melaksanakan agenda
transformasinya beliau memerlukan golongan muda yang lebih bertenaga
dengan gabungan mereka yang telah berpengalaman serta khidmatnya masih
diperlukan oleh rakyat yang dimana dia mewakilinya.
Saya masih ingat ketika menyertai Konvensyen Media Sosial di PWTC tidak
lama dulu, pengamal media sosial menyuarakan agar penglibatan pemimpin
dalam media sosial dijadikan satu kreteria dan kelebihan dalam pemilihan
sebagai calon wakil rakyat. Jawapan DS Najib kepada cadangan itu ketika
itu adalah akan diberikan perhatian utama.
Hari ini kita sedar bahawa DS Najib memandang serius pandangan para
pengamal media sosial itu kerana sedar bahawa media sosial adalah wadah
perhubungan dan jalinan diantara pemimpin dengan segala lapisan rakyat.
Dalam kata lain, jika ahli-ahli politik yang tidak bergiat dalam media
sosial maka peluangnya akan mengecil.
No comments:
Post a Comment