Google+ Followers

Tuesday, 9 April 2013

Umno BN guna strategi kotor ‘beli calon’ tak terpilih?

Antara calon-calon PKR Pahang

PAHANG 10 APRIL: Umno BN dijangka menaja pihak tertentu yang kecewa dan tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding melawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi Umno yang dikesan sejak sebulan lalu ialah membeli sebanyak mungkin individu tertentu untuk dijadikan calon Bebas.

“Tetapi rakyat sudah putuskan, sama ada BN atau Pakatan. Tiada cara lain. Jika mahukan perubahan, kena sokong Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP.

“Jika bertanding (Bebas) kerana tidak dipilih jadi calon (KEADILAN), itu bukan amalan demokratik, kena ada agenda (perjuangan), bukan sebab mahu jadi calon semata-mata,” katanya.

 Beliau menjawab demikian terhadap soalan berkaitan hasrat segelintir pihak yang mahu bertanding selepas mendapati nama mereka tidak disenarai sebagai calon KEADILAN.

Sidang media di Hotel Megaview, Kuantan itu bersempena pengumuman calon KEADILAN bagi beberapa kerusi Parlimen di Pahang.

Mengikut laporan media tempatan, segelintir ahli parti membuat pengumuman untuk menjadi calon Bebas selepas tidak terpilih sebagai calon PRU 13.

Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu memberi amaran, mana-mana ahli yang  menyokong parti lawan atau menjadi calon Bebas akan dipecat serta merta.


Untuk tonton rakaman sidang media: Klik SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: