Dr Azman Ibrahim
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Setiu 
menganggap laporan kemasukan ahli PAS ke dalam Umno adalah drama 
sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU).
Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim (gambar) 
yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan 
Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai 
Umno.
“Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan. 
Kesian kepada yang ditipu dan tertipu,” ujarnya yang juga Pengarah MTD 
Jabli kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut.
Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti
 sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 
tahun.
“Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan 
di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, 
jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah 
bersua sebelum ini.“Hairan bukan?” ujarnya.
Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan 
terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau 
menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya.
Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno.
“Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi.
“Kegagalan bermakna kamu adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai,” katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai 'Majlis Ahli Umno Masuk Umno'.
Harakahdaily.
Harakahdaily.
 



 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment