Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Sunday, 10 March 2013
ANGGOTA PGA YANG CEDERA STABIL, DIRAWAT DI HOSPITAL DI SANDAKAN
Hospital Duchess of Kent - Sandakan
Sandakan, 10 Mac - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera dalam serangan berselang-seli di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.
Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol yang ditemui selepas
melawat anggota terbabit di sebuah hospital di sini berkata kedua-dua
mereka kelihatan sihat dan sedang menerima rawatan susulan.
"Kedua-dua anggota itu kelihatan sihat, keadaannya okay dan sedang
menerima rawatan daripada doktor. Rakyat Sabah terhutang budi kepada
pasukan keselamatan dan mendoakan mereka cepat sembuh," katanya.
Sementara itu ketika ditemui di luar Wad Ortopedik hospital itu,
seorang anggota keluarga terdekat Kpl Affendi Rusli, iaitu seorang
daripada anggota PGA yang tercedera, berkata beliau dimaklumkan mengenai
kejadian itu oleh ibunya sebelum bergegas ke hospital.
Beliau, yang enggan identitinya dikenali, bagaimanapun tidak dibenarkan
melawat Affendi, namun difahamkan anggota dari Batalion PGA Miri itu
dihantar ke hospital pada 8.30 pagi dan menerima rawatan daripada doktor
pakar.
"Saya dimaklumkan keadannya stabil, boleh makan dan sedang dirawat oleh pakar," katanya.
Tinjauan Bernama di hospital itu mendapati pasukan keselamatan membuat
kawalan ketat dan tiada sesiapa dibenarkan melawat anggota berkenaan,
kecuali individu tertentu.
Dalam kejadian berbalas tembakan
antara 8 malam semalam hingga 4 pagi ini, dua anggota PGA itu mengalami
kecederaan di betis dan paha. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment