Macam ini baru kebal
Lahad Datu, 11 Mac - Bilangan penceroboh 
militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak 
kebal, sekaligus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik 
untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan. 
 
"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.
 
Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.
 
Ramli berkata penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.
 
"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA

 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar

No comments:
Post a Comment