Google+ Followers

Monday, 11 March 2013

MAYAT KOMANDER MUSA , JENERAL MILITAN - DISAHKAN FORENSIK

Komander Musa antara 18 mayat pengganas - Forensik

LAHAD DATU — Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat, ASP Hussien Omar Khan.
Beliau berkata, mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.
Musa yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.
Ketua Polis Daerah, Supt. Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.— BERNAMA

Mayat Komander Musa diletakkan di atas permaidani


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: