Google+ Followers

Monday, 15 April 2013

Khalid ucap tahniah kepada Zulkifli Noordin

 Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan tahniah di atas pemilihan Zulkifli Noordin untuk bertemu beliau di Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum ini.

"Daripada ramai calon yang ada, Datuk Hassan Ali, Ezam Mohd Nor dan lain-lain, Zulkifli Nordin terpilih," kata Khalid kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, para pengundi Shah Alam boleh menilai sendiri bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, para pengundi Shah Alam akan membuat penilaian dan pilihan yang tepat pada pilihan raya nanti serta menilai rekod perkhidmatan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dengan membandingkan apa yang telah dilakukan oleh Zulkifli di Kulim-Bandar Baharu sebelum ini.

"Saya pasti pengundi Shah Alam boleh menilai calon yang dikemukakan oleh BN kali ini dengan meneliti kembali ucapan-ucapan beliau serta apa yang telah dilakukan oleh Zulkifli di Kulim-Bandan Baru sebelum ini.

 Zulkifli Noordin

"Selain itu juga ini turut membukti Najib hilang keyakinan untuk meletakkan calon tempatan sehingga sanggup mengambil calon luar bagi mewakili mereka," jelas beliau ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, Umno Shah Alam perlu membuat penilaian kenapa calon tempatan tidak dipilih sehinggakan Presiden Umno terpaksa mengambil calon dari luar.

Khalid turut memberitahu beliau akan berkempen secara profesional dengan menjelaskan manifesto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat kepada seluruh warga Shah Alam dan tidak akan menyerang peribadi Zulkifli.

Menurutnya, warga Shah Alam boleh menilai sendiri calon BN itu dan akan membuat keputusan terbaik pada hari pengundi nanti.

Pada PRU12 lalu, Khalid memperolehi undi sebanyak 33,356 undi mengalahkan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN) dengan majoriti 9,314 undi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: