Google+ Followers

Monday, 15 April 2013

Umno tidak layak perkasa pondok di Kelantan


KUBANG KERIAN: Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood berkata, Umno tidak layak memperkasakan Islam khususnya memperkasakan pembangunan pondok di Kelantan.

Beliau berkata, parti Umno itu sendiri tidak berasaskan Islam, bahkan tidak meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perjuangannya.

Hassan yang juga Pengarah Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok Kelantan menambah Umno Barisan Nasional berpura-pura untuk memperkasakan pondok dalam manifestonya menjelang PRU13.

“Hingga kini negeri-negeri yang Umno BN perintah itu sendiri tidak dibangunkan pondok dan tidak memberi bantuan ke arah itu. Menjelang PRU13, mereka datang membuat ‘tawaran’ di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok di Kelantan malam tadi.

Ijtimak bertemakan ‘Mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan’ dihadiri lebih 2,000 peserta dari lebih 20 buah pondok di Kelantan itu berlangsung di Pondok Pasir Tumboh dekat sini.

Antara pengisian Ijtimak ialah pembentangan kertas bertajuk Pertahankan Kelantan:  Satu Jihad, disampaikan Dr Abdul Basit Abdul Rahman di samping ceramah bertajuk Kelantan Menerajui Perubahan oleh Datuk Dr Fadzli Hassan.

Perasmian penutup Ijtimak disempurnakan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: