Google+ Followers

Tuesday, 2 April 2013

Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada hari ini 3 April 2013


KUALA LUMPUR, 3 April — Walaupun Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dan dipercayai akan diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh negeri-negeri lain pada hari ini dan esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih memerlukan masa untuk bersiap sedia sebelum mengadakan pilihan raya.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, badan penggendali pilihan raya itu perlu terlebih dahulu dimaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran Dewan Rakyat dan DUN.

“Selepas pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, SPR kena tunggu surat-surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat dan speaker-speaker DUN untuk memastikan Dewan Rakyat dan DUN sudah dibubarkan secara sah,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Selepas menerima semua surat-surat itu, SPR akan memanggil semua anggota Suruhanjaya untuk bermesyuarat bagi menentukan bila tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi,” tambah beliau lagi.

Menurut Abdul Aziz, terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pilihan raya boleh diadakan.

“SPR juga perlukan masa untuk persediaan, banyak paper perlu disiapkan,” katanya.

Najib pada jam 11.30 pagi tadi bersama timbalannya disaksikan oleh kesemua anggota kabinetnya mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat melalui ucapan secara langsung distesen televisyen nasional.

Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974.

SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam  tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran Dewan Rakyat dan setiap DUN yang masih belum dibubarkan.

Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi  parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: