Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.
Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar
 mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan 
hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan 
Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah 
perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar 
setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika 
terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada 
kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya 
sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau 
darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki 
zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup 
meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih 
bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi 
pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan.
 Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan 
penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan 
menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir 
meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang 
(mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup 
susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang 
mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang 
punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak 
berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia 
diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban 
pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah 
berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana 
wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatanjika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana 
lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup 
membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, 
atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian
 dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya 
yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita 
seksi, pasti mula mengaku solo.
 



 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment