Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyampaikan 
sumbangan RM80,000 melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan 
Kelantan Darulnaim kepada keluarga lapan anggota polis yang terkorban 
dalam serangan pengganas di timur Sabah.
Bertujuan membantu meringankan beban keluarga dan menghargai jasa wira 
negara itu, sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil baginda, Datuk 
Dr. Zainuddin Ibrahim yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan 
dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di 
sini.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac 
ialah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin 
Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah 
Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, 
Deputi Superintendan Michael Padel, 36, Sarjan Mejar Baharin Hamid, 49, 
Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sarjan Salam Togiran, 42. - 
BERNAMA
 


 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment