Free Widgets

Saturday 13 April 2013

PRU13: Hasrat Datuk Husam Musa untuk bertembung dengan Adnan Mansor di Putrajaya mungkin tidak kesampaian.

KUALA LUMPUR: Hasrat Datuk Husam Musa untuk bertembung dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Adnan Mansor di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini mungkin tidak akan kesampaian.

Ini kerana, angin semakin kencang bertiup kononnya Adnan Mansor tidak akan diletakkan sebagai calon di Putrajaya kali ini.

Adnan Mansor


Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas beliau kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas itu dipercayai menjadi pukulan terakhir untuk mengenepikan beliau sebagai calon Putrajaya.

Sebelum ini, media mula memainkan berita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri akan bertanding di Putrajaya.


 
 Zaki Zahid

Nama rakan Khairy Jamaludin, Zaki Zahid  juga disebut-sebut bakal bertanding di Putrajaya. Namun hubungan beliau dengan Khairy dipercayai menjadi penghalang utama kepada pemilihan beliau sebagai calon. Zaki Zahid sebelum ini adalah Ketua Unit Dasar Pejabat Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Di sebalik itu, sebuah akhbar melaporkan Tun Dr Mahathir yang sibuk berkempen seluruh negara sekarang berminat untuk bertanding di sana.

"Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini," lapor akhbar itu.

Ekoran itu, NGO yang berpusat di Kelantan, 'R' menyatakan kesediaan mereka untuk bertemu dengan jentera Mahathir di Putrajaya.

"Nampaknya Tun Mahathir risau bandar kebanggaannya iaitu Putrajaya tumbang ke tangan "Sultan Muhammad Al Fateh Melenium" aka  Dato Husam Musa," tulis Presiden R5, Nazri Deraman kepada Harakahdaily.


 Tun Dr. Mahathir

Bagi beliau, kerisauan Tun Dr. Mahathir ada sebabnya, kerana Adnan Mansor dilihat tidak berupaya langsung untuk melawan tokoh besar itu.

Bagi beliau, pengunduran Adnan akan dilihat memberi kemenangkan moral yang besar kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Dilihat juga kenyataan arwah Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang mendoakan Mahathir lanjut usia bagi Tun melihat kemusnahan yang pernah dilakukan sewaktu memegang jawatan PM dulu menjadi REALITI dengan Kekalahan Tun Mahathir di tangan Husam Musa dalam bandar rekaannya, tulis Nazri lagi.

"InsyaAllah kami yakin dan percaya, rakyat Putrajaya dan Malaysia tidak sabar untuk melihat pertempuran paling sengit di Malaysia dalam PRU13 nanti di Putrajaya dan tumbangnya BN di Malaysia," kata Nazri.

Bagi beliau, kerusi Putrajaya akan dinilai oleh masyarakat dunia, kerana ia merupakan pusat pentadbiran Malaysia.

"R menyokong penuh kesediaan Dato Husam Musa untuk bertanding di Parlimen PUTRAJAYA, dan akan mengerahkan seluruh jentera dan aktivis R seluruh negara bagi membantu jentera kempen di Putrajaya.

"Ayuh jadilah Sukarelawan R untuk menumbangkan Tun Mahathir dan mana-mana calon BN di Putrajaya, untuk Malaysia BARU," ajak Nazri kepada semua penyokong Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: