Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh 
PAS sebagai sesat. Tidak elok kalau tuduhan sesat itu dilemparkan 
kembali kepadanya.
Meskipun begitu, adalah sukar untuk mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno itu adalah tokoh yang bercakap benar.
Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan 
Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun 
kepada Singapura. Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. 
Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat 
dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.
Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.
Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah 
kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut 
mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat 
keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.
Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.
Asian Wall Street Journal 16 Jun 1995 melaporkan, di dalam dokumen 
Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju 
dengan Tan SriSyed Mokhtar Al-Bukhary dan Dato' Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat 
usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.
Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah 
pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"
Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan 
Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus 
dari ekuitinya. Sebanyak 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.
Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan 
mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan 
industri.
Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", 
dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed 
Mokhtar telah "meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".
Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen 
mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".
Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 
peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford 
bagi baki2,672 hektar miliknya.
Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan 
dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan 
Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen 
pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika 
itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh "mendatanganinya bila-bila 
masa".
AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember
 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin
 singkat".
Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 
1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan 
Kemajuan EkonomiI slam Negeri Johor.
Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya
 kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai 
konspirasi untuk mengambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan 
Tanah.
Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu 
untuk mengambil alih 6,544.4172 ekar tanah di Mukim Tebrau, Johor Bahru 
melalui perbadanan itu.
Sumber Info: Klik SINI
 



 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment