Kenyataan itu sekali gus menamatkan 
desas-desus kononnya beliau akan bertanding di Putrajaya menentang Naib 
Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
“Saya sudah buat keputusan tidak akan 
bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebab 
rasa terima kasih kepada parti yang melantik saya sebagai Perdana 
Menteri Malaysia keempat.
“Saya nak kempen saja. Itu sebagai tanda
 balas budi kita kepada jasa Umno dan BN,” katanya selepas 
menyempurnakan himpunan rakyat peringkat Parlimen Pendang di sini, hari 
ini.
Mengulas kenyataan seorang pemimpin PR 
yang memintanya tidak memberi sebarang kenyataan kerana tidak ada 
jawatan dalam parti, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu adalah tidak 
bertanggungjawab.
“Saya cuma amalkan kebebasan bersuara, saya ada hak. Dia tiada hak untuk halang saya daripada bercakap,” katanya.- SH
Sumber Info: Klik SINI
 


 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment