Didalam hadis Rasulullah s.a.w 
pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan 
tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu 
mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama’
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama’
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.:
 Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur 
dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku
 telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur 
mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan 
mereka segala makanan dan buah buahan syurga.”
Maka Malaikat Ridhwan menyeru 
sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka 
semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat
 Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat 
dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika 
Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada 
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t. di 
dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :
(Masing-masing dipersilakan 
menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan 
minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab 
(amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di 
dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)
Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237)
Wallahu’alam….
 


 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment