Google+ Followers

Sunday, 7 April 2013

Kenyataan Nik Aziz Diputar Belit?

Lihat Kenyataan Dari Tiga Insan ini

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri  dan Tuan Guru Nik Aziz

Pahala solat umat Islam hak mutlak Allah

Kenyataan Harussani Zakaria 

KUALA LUMPUR 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.

"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala kerana UMNO telah menolak dasar Islam.

Nik Abdul Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada UMNO kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu, menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Sehubungan itu, Harussani meminta rakyat tidak terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau berkata, hanya Nik Abdul Aziz yang masih tidak nampak dasar Islam yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara ini.

"Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan Pas itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi," katanya.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: