MANIFESTO BARISAN NASIONAL TIADA ROH REFORMASI?

 
KENYATAAN AKHBAR
 APRIL 8, 2013
 
 MANIFESTO BARISAN NASIONAL TIADA ROH REFORMASI
 
 Mewakili PARTI KEADILAN, saya mengalu-alukan pelancaran Manifesto 
Barisan Nasional yang dibuat semalam sebelum berlangsungnya penamaan 
calon. Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah X mendahului 
Barisan Nasional dengan melancarkan Manifesto bagi Pilihanraya Umum 
ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan 
ke arah landskap persaingan politik yang sihat. Saya juga ingin 
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak
 dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan
 cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto 
Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan 
Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.
 
 Pun begitu, saya 
yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihanraya 
perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, 
selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan. Seperti mana yang 
ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar 
harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka 
yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili 
sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.
 
 Justeru, keengganan
 Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar
 mencacatkan imej beliau sebagai pemimpin berwibawa dan merencatkan 
budaya persaingan politik sihat yang dituntut oleh rakyat. Lebih-lebih 
lagi apabila Barisan Nasional tidak mempedulikan langsung etika Kerajaan
 Sementara (“caretaker government”) dengan menyalahgunakan ruang masa 
penyiaran di platform media awam untuk membentangkan manifestonya 
sedangkan Pakatan Rakyat telah dinafikan hak yang sama. Ini jelas 
merupakan suatu amalan pilihanraya berat sebelah dan penyalahgunaan 
harta benda awam oleh sebuah Kerajaan Sementara.
 
 Walau 
bagaimana pun, saya nekad untuk memastikan PRU13 ini menjadi medan 
persaingan idea dan dasar dalam kerangka membentuk persaingan politik 
sihat. Saya telah meneliti Manifesto Barisan Nasional dan akan 
membentangkan pandangan KEADILAN dari semasa ke semasa. Saya juga telah 
mengarahkan pasukan dasar KEADILAN untuk mengkajinya secara menyeluruh 
dengan tujuan memberi maklumbalas segera pada hari Isnin, 8 April 2013.
 
 Secara umumnya, saya tidak yakin Manifesto Barisan Nasional secara 
menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, 
politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit. Yang
 paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh 
reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan 
penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat. Sangat jelas 
bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, 
struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat 
dalam kerangka polisi Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa tanpa
 sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan 
keberdayasaingan jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa 
supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang.
 
 Pada masa yang sama, Manifesto Barisan Nasional ketandusan idea baharu 
dan kontang perinciannya yang mana banyak program telah dipakej semula, 
berbanding gagasan segar yang dibawa oleh Manifesto Pakatan Rakyat. 
Lebih 90% dari program-program yang disenaraikan sudah pun diketahui 
rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus.
 
 Ketandusan idea baharu bermakna Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya 
terpaksa menelan hempedu dan menciplak beberapa dasar utama Pakatan 
Rakyat untuk disuntik ke dalam Manifesto Barisan Nasional terutamanya 
cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara 
berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional, pemberian permit 
teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman 
harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu 
utama di Sabah dan Sarawak. Berpegang teguh kepada prinsip percukaian 
adil seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, maka saya yakin 
harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya
 dipotong pada kadar 30% sahaja seperti yang dijanjikan di dalam 
Manifesto Barisan Nasional.
 
 Manifesto Barisan Nasional masih 
mencerminkan mentaliti lapuk dan kepercayaan usang Barisan Nasional 
bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli. Tunjang kempen Barisan 
Nasional jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran 
manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang 
mahu ditingkatkan bayaran tahunnya kepada RM1,200 bagi keluarga dan 
RM600 bagi individu bujang. Cadangan ini akan melibatkan peruntukan 
sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun yang saya yakin akan terus meningkat 
saban tahun sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan
 berterusan Barisan Nasional meningkatkan pendapatan bulanan isirumah. 
melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi
 individu bujang. 
 
 "Direct transfer payments" seperti BR1M, 
Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam 
manifesto Barisan Nasional jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka 
pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan 
permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat untuk jangka masa panjang seperti
 monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; 
ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan 
kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi kebajikan rakyat serta 
dasar-dasar kerajaan lain yang berat sebelah, menekan rakyat dan 
bersifat diskriminasi. Yang lebih mendukacitakan ialah apabila pemberian
 tunai berkos tinggi ini akan terserlah sebagai suatu polisi ekonomi 
yang gagal tanpa membebaskan rakyat dari belenggu kesempitan hidup 
secara efektif pada jangka masa panjang sedangkan beban kepada 
perbendaharaan negara akan terus meningkat saban tahun. Saya khuatir 
sekiranya budaya kebergantungan berlebihan ini dibiarkan berterusan 
selama beberapa dekad, maka segala usaha untuk meningkatkan 
produktiviti, nilai tambah dan keberdayasaingan negara akan menjadi 
sia-sia.
 
 Tawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya
 menghapuskan gejala rasuah di dalam Manifesto Barisan Nasional jelas 
merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat. 
Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, 
hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja 
yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar 
Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) seperti yang diperincikan dalam 
manifesto PRU13nya.
 
 Saya akan terus menghuraikan kritikan 
membina mengenai perkara ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk 
mengadili keupayaan Manifesto Pakatan Rakyat dalam melaksanakan agenda 
perubahan seperti yang diimpikan rakyat berbanding Manifesto Barisan 
Nasional. Proses perbandingan idea dan dasar ini akan menjadi platform 
utama kempen KEADILAN di dalam PRU13 dengan melibatkan keseluruhan 
pimpinan, jentera pilihanraya dan semua calon.
 
 DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
 Ketua Umum
 
 
 
          
      
 
 
Blog Archive
- 
        ▼ 
      
2013
(785)
- 
        ▼ 
      
April
(300)
- Pesanan calon PAS Parlimen Putrajaya, Dato' Husam ...
- Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan P...
- Teks Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di ce...
- Tun Mahathir dan Tengku Adnan VS Ustaz Azhar dan H...
- Kesesakan Luarbiasa Di Putrajaya Sempena Ceramah U...
- Takbir bergema di Masjid Besi Putrajaya
- Maaf Pakatan Rakyat, Saya Pilih BN
- MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
- Pakai Baju BN Bawa Bendera PAS
- Jeneral pilih PAS kerana tertarik perjuangan Islam
- PRU13: Mat Taib yakinkan Melayu pendalaman, DAP bu...
- TATACARA PENGUNDIAN SECARA POS
- Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia tidak di...
- APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
- Pertukaran Guru, kita akan buat dengan cara Mesra ...
- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menuna...
- Tsunami in Melaka.....
- Pertemuan calon PAS Putrajaya, Dato' Husam Musa de...
- HEART ATTACKS and HOT WATER
- Calon PAS turut usung keranda jenazah
- Nyanyian Zulkifli Nordin Untuk Pengundi Shah Alam?
- Nasihat Ku Nan sesuai untuk diri sendiri - Husam
- Husam Bakal Menjadi YB Putrajaya
- Ahli Pecat BN, BN Pecat Ahli
- Dugaan awal calon PAS dun Rantau Abang
- Apa Kata SURVEY
- Hati-hati dengan dakwat kekal semasa membuang undi...
- Orang Umno jangan menangis ya .... nanti Pok Din s...
- PAS kecam letupan di ceramah BN
- AES: Saman tertunggak Rosmah, apa kata Najib
- SAYA MENJADI SEORANG HINDU YANG LEBIH BAIK SELEPAS...
- Ukhwah
- Tabik dengan Tok Pa
- Muhamad Taib akan jelajah jumpa rakyat seluruh Sel...
- Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan
- Pengundian Awal Sudah Bermula Hari Ini?
- Selepas Zulkifli Nordin dicium, 104 ahli MIC Shah ...
- Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerus...
- Isu Pertindihan Kerusi Selesai
- Adakah anda seorang suami yang DAYUS?
- CERAMAH SALAHUDDIN AYUB, LIM KIT SIANG DI JOHOR BH...
- Ustaz Nasharuddin Menyelam Menuju Putrajaya
- Orang Ramai Terpaksa Beratur Panjang Untuk Dapat M...
- Tan Sri Muhammad Muhd Taib Berikan Penjelasan
- Kerdilnya saya berbanding dengan Menteri Besar Ini
- Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ...
- Datuk Kamilia: Dtimpa tangga dihentak bata
- Kasihan HUSAM MUSA, Bakal Hilang Wang Deposit Di P...
- Kembara Jelajah PRU 13
- Tidak Ingat Al-Quran
- Negara Berkebajikan
- Tragedi Haulah
- Doa Darah Gemuruh dan Fobia
- Doa Supaya Allah Mencukupkan Keperluan Diri dan Ke...
- Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita
- Doa Mohon Keampunan Dan Kesayangan
- Doa' Supaya Terhindar Daripada Sifat-sifat Keji
- Doa Mohon Ditetapkan Pendirian
- Seekor labah-labah mampu menjadikan ular sebagai m...
- Menukarkan gambar presiden dengan lafaz Allah jall...
- Akibat seekor cacing sepanjang lima inci
- Sungai yang tercantik di dunia
- Pakat like calon kita boh
- Kerusi MB saya ini sama tarafnya dengan tikar sejadah
- Syurga Haram Untuk Pemimpin?
- Pertandingan Tiga Penjuru Di Lembah Pantai
- Ahli UMNO Cerdik Telah Di jumpai
- Jangan Biarkan Hantu Menentukan Masa Depan Kita
- Idealogi boleh berbeza, tapi kawan tetap kawan
- Nasruddin lawan Saifudin di Temerloh
- BN PANAS : Siapa lagi selepas ini?
- 6 penjuru di Parlimen Kapar
- Muhyiddin: Umno akan pecat Kamilia
- Kekalkan persahabatan. Menang kalah adat bertanding
- Menteri Besar yang saya kagumi
- Papagomo tidak hadir ke Permatang Pauh
- Kamilia tanding bebas, letak semua jawatan Umno
- PRU-13 : DUN Sungai Acheh tanding 3 penjuru, BN VS...
- 3,000 penyokong PAS iringin calon PAS Putrajaya
- SARAWAK BUMI KENYALANG: SENARAI TERKINI CALON PRU ...
- SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU: SENARAI TERKINI CALON ...
- JOHOR DARUL TAKZIM: SENARAI TERKINI CALON PRU 13 P...
- MELAKA DARUL AZIM: SENARAI TERKINI CALON PRU 13 PA...
- NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS: SENARAI TERKINI CALO...
- WILAYAH PERSEKUTUAN: SENARAI TERKINI CALON PRU 13 ...
- SELANGOR DARUL EHSAN: SENARAI TERKINI CALON PRU 13...
- PAHANG DARUL MAKMUR: SENARAI TERKINI CALON PRU 13 ...
- PERAK DARUL RIDZUAN: SENARAI TERKINI CALON PRU 13 ...
- PULAU PINANG PULAU MUTIARA: SENARAI TERKINI CALON ...
- TERENGGANU DARUL IMAN: SENARAI TERKINI CALON PRU 1...
- KELANTAN DARUL NAIM: SENARAI TERKINI CALON PRU 13 ...
- KEDAH DARUL AMAN: SENARAI TERKINI CALON PRU 13 PAR...
- PERLIS INDERA KAYANGAN: SENARAI TERKINI CALON PRU ...
- SENARAI PENUH NAMA-NAMA CALON PR DAN BN PADA PRU13...
- SENARAI PENUH NAMA CALON DARI PR DAN BN PADA PRU13...
- Kenapa selepas jadi calon PRU13 baru memohon maaf?
- Empat Perkara Dipandang Sebagai IBU
- Tujuh MATA yang Dicintai ALLAH
- Aku Hanya HAMBA
- Amalan Sebelum Tidur
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment