Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, 
SAC Mohd Adnan bin Abdullah
 Polis
 Selangor berjaya menyelesaikan kes curi kenderaan jenis Mazda 6 milik 
seorang pegawai Imigresen yang dilaporkan hilang di LCCT , Sepang , 
Selangor pada  10 Mac lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat 
Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Adnan bin Abdullah berkata, pihak 
polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang digunakan 
semasa kejadian tersebut.
 
SHAH
 ALAM, 18 Mac – Seorang Penjawat Awam terpaksa berputih mata kerana 
kereta miliknya jenis Mazda yang diletakkan di tempat letak kereta 
dilarikan dalam kejadian yang berlaku pada 10 Mac lalu.
 Semasa kejadian berlaku, mangsa dikatakan telah
 kehilangan seluar pendek di tandas awam di balai berlepas LCCT yang 
mengandungi telefon bimbit, kad kuasa, kunci kereta Mazda dan juga kad 
Touch N Go.
 Dalam sidang media yang dijalankan, Ketua Jabatan 
Siasatan Jenayah Ibu Pejabat  Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Adnan 
bin Abdullah berkata pihak polis berjaya menahan tiga lelaki yang 
dipercayai terlibat dalam kes yang disiasat.  Ke semua suspek ditahan di
 beberapa lokasi berasingan bermula Jumaat lalu sehingga pagi tadi.  
  
 Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota 
Vios yang digunakan semasa kejadian tersebut, satu cover kad lambang 
JPJ, dua jenis telefon bimbit, kad Touch N Go dan kunci kereta kawalan 
jauh yang berlogo Mazda.
 
Dengan  tertangkapnya  tiga lelaki 
tersebut, kami percaya  telah berjaya menyelesaikan kes kecurian 
kenderaan milik mangsa dan sehingga kini ketiga-tiga suspek ditahan 
reman bagi membatu siasatan selanjutnya dan kes disiasat di bawah 
seksyen 379 A Kanun Keseksaan’, katanya.
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment