Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Tuesday, 19 March 2013
Lahad Datu: PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PENGGANAS SULU
Lahad Datu, 18 Mac - Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka
habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang
dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang
ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
March
(470)
- Kanak- Kanak Ini Diberi Makan Sebelum Ditembak Mat...
- Penduduk sepakat mahu terus tinggal di Kampung Tan...
- Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokas...
- Penduduk Tanjung Batu sayu lihat rumah berlubang k...
- Lahad Datu : Kampung Tanjung Batu musnah
- Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah mu...
- Di mana kami mahu tinggal selepas ini?
- RAHSIA Dan Perancangan Pengganas Sulu Semakin Jela...
- ABRAHAM INDJIRANI KIRIM 500RIBU USD KEPADA ADIKNYA...
- Gambar-gambar Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman
- Lahad Datu: Lelaki Bergelar Datuk Seri Dicari Bant...
- HAMPIR DISEMBELIH JENERAL MUSA
- Pengganas Sulu tidak tahu mengucap
- Tanda Raja Lanun Kiram III Telah Mati
- Tanda Raja Lanun Kiram III Nazak Atau Tanda Akhir
- Tanda 1 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 3 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 7 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 40 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 100 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Ketua Pengganas Sulu Saman Malaysia Rm77.8 Bilion
- Tidak Perlu Nak Hantar Komando Untuk Bunuh Jamalul...
- Kampung Tanjung Labian telah diisytiharkan bersih
- Dakwa Jamalul Kiram III
- Jadilah Orang Yang Cerdik
- Anak ‘Mat Bom’ DiTahan
- OP Daulat..Lawatan Timbalan KPN Bersama Panglima A...
- Kpl Khairul Anuar Mat Isa
- Menteri Pertahanan Raja Lanun Kiram III Berjaya Di...
- Empat Mayat Warga Asing Ditemui, Seorang Askar Ced...
- Sulu Sultanate disputes Malaysian claim over arres...
- Dikabarkan Datu Phugdal Kiram, adinda Raja Lanun K...
- AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI
- JACKEL RAMOS MENDAKWA INI PHOTO TENTERA MALAYSIA M...
- Colonel Sunny Ng
- Pirate King of Sulu slams Palace for downplaying a...
- Aquino orders DFA, DOJ to aid 8 Pinoys facing deat...
- PH gets access to jailed Pinoys in Sabah; embassy ...
- Inikah wajah Datu Amir Baha@Datuk Bahang Jeneral P...
- KECEDERAAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT L/KPL MOHD ZARI...
- Dijamin selamat: Penduduk Kembara Sakti kembali ke...
- HARI POLIS KE-206
- KPN YAKIN STRATEGI JANGKA PENDEK DAN PANJANG JAMIN...
- Pertahan Keamanan Tanggungjawab Generasi Muda
- TIADA PETUNJUK KAITKAN MILITAN YANG TAWAN SURI RUM...
- POLIS INGATKAN ANGGOTA SRS TIDAK BERTINDAK IKUT EM...
- Sang Saka Biru
- LAWATAN MENGEJUT TIMBALAN KPN KE MARTEK/KOMTEK PGA
- BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT BAGI WI...
- NAMA DUA PERAJURIT TERKORBAN AKAN DIABADIKAN PADA ...
- AZZIMUDIE KIRAM TINGGALKAN SABAH SEJAK 11 MAC LEPAS
- PGM LIGAT RONDA KAMPUNG PESISIR PANTAI
- PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT
- PEJUANG PDRM/ATM TERIMA SUMBANGAN CELCOM
- SEORANG PENCEROBOH DITEMBAK MATI, WANITA DITAHAN D...
- PDRM SEDIA HADAPI PELBAGAI KEMUNGKINAN PILIHANRAYA
- OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 21 MAC 2013 (11.0...
- Siapa Dia Ini Mengaku Sebagai Tuanku Sultan Raja M...
- Airmata Ibu
- Saman Homoseksual RM 100 Juta - Permohonan Maaf Pa...
- PAPAGOMO Adalah Pengundi Hantu?
- Dikatakan Orang PapaGomo Dipukul DI Segambut
- PENGGANAS BETINA RAJA LANUN KIRAM III DITANGKAP HI...
- Untuk anggota keselamatan yang baru terjaga dari t...
- Duit 50 sen yang membuatkan Raja Lanun Kiram III k...
- Gandingan Mantap 3 Ustaz di Stadium Sultan Mohamad IV
- Nik Aziz Terkejut Dan Bangga Dengan Anak-anak Muda...
- Tok Guru Nik Aziz contoh terbaik untuk ikutan anak...
- Puluhan Ribu Sertai Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di St...
- Stadium Sultan Mohamad IV, Bukan Setakat Untuk Mai...
- Raja Lanun Kiram III, Ajal tidak menunggu taubatmu
- Ketua tentera Sulu rakyat Malaysia?
- Mehhh Sini Semua Pengkritik
- Hey KIRAM
- Tembak Skot Jangan Beri Ruang Kepada Penceroboh
- Gambar Koperal Khairul Anuar Mat Isa
- Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus
- 12 Cara Isteri Supaya Sentiasa Disayangi Suami
- Jangan Kosong Akhirat
- UAE menghantar Ulama mereka untuk menentang ilmu K...
- Bila kau rindukan keluargamu yang bertugas di Laha...
- Nyawa Raja Lanun Kiram Cuma 50 Sen
- Pencerobohan di Sabah ulangan sejarah pembunuhan J...
- JSJ BUKIT AMAN KETUAI SIASATAN PENCEROBOHAN LAHAD ...
- Adnan redah zon merah
- LAHAD DATU: LAPAN SUSPEK RAKYAT FILIPINA DIDAKWA L...
- MAYAT 28 PENGGANAS AKAN DIKEBUMIKAN DAHULU- KHALID
- Kepulangan Ketua Polis Negara
- Masyarakat Suluk Sabah Menolak Sekeras-kerasnya Pe...
- Sniper Kill Shot, Barret M107
- Sniper rifles yang mana satu bakal digunakan untuk...
- Gempar Ada komplot mahu bunuh Raja Lanun Sulu
- Kiram Minta Bantuan Tentera Indonesia Perangi Sabah?
- Siapa mereka ni?
- Perang Gerila Siber Ke Ni?
- Kuala Lumpur: SABAH SELAMA-LAMANYA SEBAHAGIAN DARI...
- Lahad Datu: TAKTIK GERILA PENGGANAS SELATAN FILIPI...
- Lahad Datu: EMPAT PERTEMPURAN BERLAKU ANTARA PENGG...
- OP DAULAT: KPN KE SEMPORNA
- OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 19 MAC 2013 (10.3...
-
▼
March
(470)
No comments:
Post a Comment