Google+ Followers

Tuesday, 19 March 2013

Kuching: POLIS KUCHING KESAN WARIS KES KEMATIAN MENGEJUT

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad

Kuching, 18 Mac - Polis Kuching sedang mengesan waris kepada Bujang Ahmad Othman Pawi, 59, yang dijumpai mati di rumah sewanya di Jalan Datuk Ajibah Abol, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata siasatan awal mengklasifikasi kematian Bujang Ahmad yang tinggal sendirian itu sebagai kes kematian mengejut.

"Lebih kurang 10 pagi tadi, anggota Balai Polis Sentral, Kuching menerima panggilan telefon dari orang awam (tuan rumah sewa) memaklumkan berlaku kematian di rumah sewa si mati. Pada pukul 11 pagi, sepasukan polis diketuai ASP Rahim telah pergi ke rumah itu dan menjalankan siasatan.

"Mereka menjumpai satu mayat lelaki Melayu berada di ruang tamu dengan muka sudah lebam (hitam).

"Hasil siasatan awal tiada unsur-unsur jenayah berlaku (tiada kesan luka disebabkan oleh apa-apa benda), dan rumah si mati juga tiada kesan pecah masuk," katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: