Free Widgets

Monday 18 March 2013

LAHAD DATU: PELAKSANAAN ESSCOM MULA DENGAN NAIK TARAF LOGISITIK DI FELDA SAHABAT







Lahad Datu, 18 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata selain itu aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.

PDRM akan melaksanakan segera usaha menaik taraf balai polis Cenderawasih, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat.

"Kami juga akan menambah bilangan kereta peronda baharu di Felda Sahabat ini dan mendapatkan kenderaan pelbagai guna yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi di sini untuk memudahkan kami bergerak di kawasan seperti paya, ladang, hutan dan kawasan paya bakau," katanya hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kasssim di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail berkata semua persiapan itu dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.

Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Lahad Datu akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Mengulas lanjut, Zulkiple berkata segala aset maritim dan darat akan diselaras bagi memastikan objektif penubuhan ESSCOM tercapai.

"Pelarasan ini termasuk tiga disiplin perkhidmatan tentera iaitu darat, laut dan udara serta APMM yang akan kita masukkan sekali dalam pelaksanaan ESSCOM," katanya.

Ditanya mengenai tuntutan 28 mayat pengganas yang selesai dibedah siasat, Ismail berkata Malaysia masih menunggu jawapan Filipina berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ismail mengucapkan penghargaan kepada Kelab Penyokong Wira Negara dan penyerahan sumbangan RM15,000 Tabung Wira Lahad Datu oleh Komuniti 1Malaysia Sabah anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"Kami amat menghargai sumbangan dan sokongan mereka. Semangat pasukan keselamatan kini berada di tahap yang tinggi atas sokongan rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: