Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi 
Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah 
seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak
 atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun 
melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam
 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.
Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di
 Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka 
lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.
"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal 
memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan 
lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah 
insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul
 dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap
 perasaan dan trauma penduduk kampung.
Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai 
kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi 
menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan 
sekitarnya terutama Tanduo.
Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang 
berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada 
di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal
 siasat.
Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat 
menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan 
diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.
"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan 
nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar 
daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang 
ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar
 jam 9 pagi tadi,
Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa 
menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung 
termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.
"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, 
Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal 
senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar 
Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. - SABAHKINI
 



 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment