Google+ Followers

Friday, 8 March 2013

ADAKAN SOLAT HAJAT DOAKAN ANGGOTA KESELAMATAN DI LAHAD DATU

Kuala Terengganu, 6 Feb - Kira-kira 300 pegawai dan anggota polis Terengganu mengadakan solat hajat hari ini, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan yang terbabit Op Daulat di Sabah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata solat hajat juga akan dianjur semua surau ibu pejabat polis daerah di negeri itu.

"Kita harap tidak berlaku lagi pertumpahan darah terutama dalam kalangan anggota keselamatan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu, di sini.

Katanya Polis Kontinjen Terengganu menghantar seorang pegawai dan empat anggota ke Lahad Datu kelmarin, sebagai bantuan kepada pasukan di sana. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: