Google+ Followers

Sunday, 17 March 2013

DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram

DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram telah di puterakan pada 8hb Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu.

Pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, Tuanku diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar,Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan Attahi, Tuanku diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah. 

 
Menyedari pihak musuh mula menghidu, Tuanku diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali. Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah.

Mulai hari itu Tuanku mendapat surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut sehingga 1982 dan menduduki Sijil Rendah Pelajaran - SRP (Kini penilaian Menengah Rendah- PMR) Dua tahun kemudian, beliau diserahkan kepada keluarga angkat baru, iaitu guru yang mengajar di SMK Putatan, Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim. Sepanjang hidupnya, Tuanku tinggal dengan lima keluarga angkat.

Kehidupan Tuanku yang berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan Norasikin Sawal pada 1985. Beberapa bulan kemudian Tuanku melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ICS di England dan di Singapura.

Tuanku juga adalah Penaung kepada Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu, Sabah. Tujuan persatuan itu untuk memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.

Untuk menyedarkan bangsa Sulu mengenai perkembangan semasa, Tuanku menubuhkan akhbar berbahasa Inggeris - The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunakan bahasa Sulu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: