Google+ Followers

Sunday, 3 March 2013

FILIPINA TAWAR BANTUAN KEPADA MALAYSIA

Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya

 Kuala Lumpur, 3 Mac - Kedutaan Filipina di sini menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia dalam mencari jalan penyelesaian damai bagi menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Tawaran itu disampaikan oleh Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose S.Brillantes semasa mesyuarat ringkas dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Lahad Datu hari ini.

Dalam kenyataan di sini, Malaya berkata mereka berada di Lahad Datu atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.

Beliau berkata mereka ingin melihat jika boleh membantu pihak berkuasa tempatan dalam mencari resolusi damai dan mengelak lagi pertumpahan darah, sejajar dengan lafaz Presiden Filipina Aquino III dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Brillantes berkata mereka juga ingin menghulurkan bantuan konsulat kepada mereka yang cedera dan warga negara lain yang terjejas dalam kejadian tersebut.

"Adalah penting untuk kita bekerjasama rapat dalam mencari penyelesaian aman dalam situasi ini. Setiap nyawa adalah berharga dan biar kita cari jalan untuk mengelak lebih banyak kehilangan nyawa," katanya.

Brillantes tiba ke Malaysia pada 25 Feb lalu untuk membantu pihak kedutaan menangani isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu.

Dalam kenyataan berasingan, pihak kedutaan itu meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya tenang dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Kami rasa dan memahami kebimbangan ramai daripada anda dalam keadaan yang sukar ketika ini. Pihak kedutaan akan berkerja dengan pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan keselamatan anda. Ini bukan masanya untuk mengambil apa-apa tindakan yang mungkin disalah erti oleh sesetengah pihak," kata kedutaan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: