Google+ Followers

Wednesday, 13 March 2013

JANGAN PERLEKEH KEMAMPUAN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA - AHMAD ZAHID


                                  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

 Kuala Lumpur, 13 Mac - Rakyat diingatkan supaya tidak sesekali memperlekeh atau memperkecil kemampuan pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.

"Inilah masa dan ketika paling sesuai untuk rakyat bersatu padu bersama-sama memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan keselamatan negara." katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, dekat sini.

Ahmad Zahid bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di pangkalan udara itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua perajurit negara iaitu Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, yang terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu semalam.

Beliau turut menasihatkan anggota pasukan keselamatan agar sentiasa berhati-hati semasa menjalankan operasi itu.

"Penceroboh militan ini berpengalaman serta terlatih, jadi anggota yang sedang bertugas di Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Kampung Tanduo perlu beringat dan berhati-hati," katanya.

Beliau juga percaya pengganas militan itu mempunyai budaya berdendam yang diamal dari satu generasi ke satu generasi terutama apabila anggota kumpulan mereka tewas dalam apa jua pencerobohan yang mereka lakukan.

Justeru itu Ahmad Zahid meminta pasukan keselamatan agar sentiasa berada dalam situasi siapsiaga setiap masa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: