Google+ Followers

Monday, 4 March 2013

Jenazah mangsa korban OPS SULU Sjn/D Baharin Bin Hamid selamat tiba di Terminal 1 KKIA, Kota Kinabalu

jASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG: Jenazah mangsa korban OPS SULU Sjn/D Baharin Bin Hamid selamat tiba di Terminal 1 KKIA pada jam 2 petang tadi, turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah YAB Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kabinet serta Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah berserta Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan/anggota polis serta kakitangan awam selain isteri dan anak-anak mangsa beserta keluarga dan sahabat handai. Sembahyang jenazah turut dihadiri oleh TYT Yang DiPertua Negeri Sabah. Jenazah Selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam batu 2 jln Tuaran. Allahyarham sebelum ini bertugas di bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak berumur 16 tahun (L) dan 11 tahun (P). - Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: