Google+ Followers

Wednesday, 13 March 2013

KDN UMUM BINA DUA BALAI POLIS DI PULAU BUM BUM, PULAU MABUL


Semporna, 13 Mac - Kementerian Dalam Negeri bersetuju mewujudkan dua balai polis baharu masing-masing satu di Pulau Bum Bum dan Pulau Mabul, Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia dijangka beroperasi secepat mungkin untuk mengukuhkan tahap keselamatan di beberapa 'kawasan panas' di sekitar Semporna.

"Saya berharap ia dapat beroperasi secepat mungkin. Kalau ia mengambil masa sedikit, kita akan gunakan kabin sementara untuk memastikan balai polis tersebut dapat beroperasi dengan segera.

"Ini perlu (balai polis) kerana operasi pembersihan (saki baki pengganas Sulu) masih dilakukan di Lahad Datu dan Semporna," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan kira-kira sejam di Kampung Senalang Lama di sini hari ini.

"Apa yang kita lakukan ini ialah memastikan keselamatan penduduk Semporna. Kita bukan sahaja beri jaminan keselamatan kepada mereka malah dengan menempatkan lebih ramai anggota keselamatan akan membuatkan mereka rasa lebih yakin dan selesa," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata penglibatan ketua kampung, jawatankuasa penduduk, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam telah menyumbang kepada usaha menjaga daerah Semporna daripada ancaman pengganas.

"Saya telah mengarahkan semua agensi penguat kuasa turun membantu dengan mendapat nasihat daripada pihak polis," katanya.

Sambil memuji semangat yang ditunjukkan penduduk Kampung Senalang Lama ketika menghadapi krisis dijadikan tebusan oleh seorang pengganas pada 2 Mac lalu, beliau berkata tindakan berani mereka melawan musuh itu amat luar biasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: