Google+ Followers

Saturday, 9 March 2013

KEADAAN KESELAMATAN TERKAWAL BIARPUN KEDENGARAN BUNYI LETUPAN

Lahad Datu, 9 Mac - Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: