Google+ Followers

Tuesday, 12 March 2013

Keluarga Jamalul Kiram berbalah

Jacel Kiram

MANILA - Seorang anak perempuan puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas pandangan bapa saudaranya, Bantilan Esmail Kiram II yang menghalangnya bercakap kepada media mengenai isu-isu tuntutan ke atas Sabah, lapor portal berita GMA News semalam.

"Saya mendapat kebenaran daripada bapa saya. Saya bercakap mengenai pandangan dan pendapat saya. Kita semua berhak untuk menyatakan pendapat kita sendiri," kata anak perempuan Jamalul Kiram itu, Jacel Kiram.

Beliau membuat kenyataan selepas Esmail Kiram menyatakan hanya setiausaha Jamalul Kiram, Abraham Iridjani yang dibenarkan bercakap kepada pihak media.

Menurut bapa saudaranya, sebagai seorang wanita, Jacel mungkin beremosi ketika bercakap kepada wartawan.

Bagaimanapun, Jacel menyatakan, undang-undang syariah tidak melarang seorang wanita untuk memberi pandangan terhadap isu-isu yang berbangkit.

Jacel sebelum ini menipu media Filipina apabila beliau menunjukkan sekeping gambar yang mendakwa sebagai askar-askar Malaysia yang terbunuh di Sabah.

Bagaimanapun, media Filipina kemudian mendapati ia merupakan gambar askar-askar Thailand yang terbunuh pada tahun 2007. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: