Mayat-mayat ini menjadi umpan
Pasukan keselamat diancam serang hendap ketika cuba mengumpulkan mayat pengganas untuk sebagai bukti dan disemadikan dengan sempurna!
Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh 
saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan 
keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas
 Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan 
mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.
  
“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan 
mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka 
akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk 
melakukan serang hendap.
  
“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah
 mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang 
saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota 
keselamatan kita,” katanya.
Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas 
terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik sahaja 
anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur. - Metro
*Patutkah Kiram disabitkan salah sebagai penjenayah perang yang 
mengakibatkan kematian mereka-mereka ini? Dan atas dasar kemanusiaan 
bagaimana dengan anak-isteri pengganas yang terkorban adakah mereka ini 
terbela?
  
 



 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment