Google+ Followers

Tuesday, 12 March 2013

Lebih 3,000 hadir sambut jenazah dua wira negara di Pengkalan Chepa

JENAZAH dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat semalam, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, jam 10 pagi tadi menggunakan pesawat Charlie C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

 KOTA BHARU: Lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara yang gugur dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah semalam.

Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan tiba dengan pesawat Charlie C-130 di lapangan terbang itu pada jam 9.55 pagi.

Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Sejurus tiba, kedua-dua jenazah dibawa ke hangar untuk diberikan penghormatan sebelum dibawa dengan van jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Jenazah Ahmad Hurairah akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang yang terletak berdekatan.

Jenazah Ahmad Farhan pula dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: