Google+ Followers

Sunday, 10 March 2013

MASYARAKAT SIKH SUMBANG CEK KEPADA PEWARIS PERWIRA TANAHAIR

 Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menerima cek replika daripada DSP Mender Singh, Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur untuk disumbang kepada waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna


KUALA LUMPUR, 9 Mac - Di atas rasa simpati, Persatuan Kaum Sikh telah berjaya mengumpul sebanyak RM30,000 sebagai suntikan semangat kepada para pewaris perwira menentang pengganas di Pantai Timur Sabah.

Pada satu Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Perwira yang mendaulatkan negara di Sabah, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir menerima cek daripada Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, DSP Mender Singh untuk disumbang kepada waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

"Saya merasa amat terharu dan merakamkan setinggi penghargaan kepada masyarakat Sikh di atas sumbangan ini. Saya yakin sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia, samada kaum Sikh, Melayu, Cina, India dan lain-lain, tanpa mengira batasan agama, bangsa dan budaya, tentulah perwira-perwira kita akan lebih bersemangat dalam meneruskan operasi yang dinamakan 'Op Daulat', untuk menghapuskan pengkhianat dan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara kita", ujar Timbalan Ketua Polis Negara di dalam ucapan beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: