Free Widgets

Friday 8 March 2013

NAJIB LAWAT KELUARGA ALLAHYARHAM SARJAN SABARUDIN DAUD

Sabak Bernam, 8 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat keluarga Sarjan Sabarudin Daud yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, di rumah mereka di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar di sini.

Najib yang tiba pada pukul 12 tengah hari meluangkan masa kira-kira 15 minit bertanya khabar keluarga Allahyarham sebelum menandatangani buku ucapan takziah yang ditempatkan di rumah itu.

Beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan beserta sumbangan peribadinya kepada keluarga Allahyarham bagi meringankan beban mereka.

Isteri Allahyarham, Nurunnisa Abu Bakar, 42, berkata perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa kerajaan Malaysia amat bangga dengan pengorbanan dan jasa arwah suaminya yang meninggalkan tiga orang anak berusia antara 12 hingga 19 tahun.

"Perdana Menteri pun berpesan kepada saya supaya sentiasa tabah menjaga anak dan tenang dalam menghadapi segala dugaan," kata suri rumah itu ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini.

Najib singgah di rumah Allahyarham Sabarudin ketika pulang dari merasmikan program "1Malaysia Family Care" di Politeknik Sultan Idris Shah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumah itu.

Sabarudin, 46, adalah antara dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban dalam kejadian itu pada 1 Mac lepas apabila pasukan keselamatan bertembung dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkenaan. Turut terkorban ialah Asisten Superitenden Polis (ASP) Zulkifli Mamat, 29.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon yang turut melawat keluarga Allahyarham berkata kementeriannya akan membantu Nurunnisa meningkatkan pendapatan menerusi kursus membuat kek dan pastri di bawah program 1Azam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: