Google+ Followers

Friday, 8 March 2013

OP DAULAT: SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN SEMASA (7 MAC 2013 JAM 6.00 PM)

Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan 'ground zero' di Tanjung Batu, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.

"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi. Tiada anggota keselamatan yang cedera," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain

Beliau berkata pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Di samping itu, keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: