Google+ Followers

Friday, 8 March 2013

POLIS KEDAH LANCAR TABUNG KEBAJIKAN PDRM LAHAD DATU

ALOR SETAR, 7 Mac - Polis Kedah hari ini melancarkan Tabung Kebajikan PDRM Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota polis yang terkorban dan cedera dalam pertempuran dengan penceroboh di Sabah.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata tabung itu akan diletak di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) di Kedah sebelum dikumpul dan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

"Kita lancar tabung ini di peringkat IPD bagi memudahkan orang ramai untuk menyumbang. Kita mahu orang ramai yang prihatin membantu anggota keluarga mangsa," katanya pada Majlis Penyematan Pangkat dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Negeri Kedah siri 1/2012 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini.

Sementara itu, beliau berkata 34 anggota SSPDRM daerah-daerah menerima kenaikan pangkat hari ini selepas berjaya mempamerkan kualiti kerja yang baik dalam membanteras kes jenayah sepanjang tahun lepas.

Ahmad berkata kenaikan pangkat peringkat koperal hingga ASP itu sebagai satu usaha menyuntik semangat mereka untuk bekerja lebih gigih dalam membanteras jenayah.

Katanya pada majlis itu 109 pelatih SSPDRM menerima Sijil Tamat Latihan Siri 1/2012 kerana berjaya menamatkan latihan kepolisan yang diikuti selama enam bulan di IPD masing-masing.

"Masalah kekurangan anggota polis dapat diatasi dengan segera kerana pelatih (SSPDRM) yang telah tamat latihan akan dihantar ke seluruh daerah bagi membantu menangani jenayah.

"Mereka ini ada kerja tetap. Kita akan panggil mereka pada waktu yang malam dan hari cuti dan tenaga mereka dengan sebaik mungkin untuk membantu pihak polis membanteras jenayah di negeri ini," katanya.

Ahmad berkata pihaknya akan memberi kursus kepada SSPDRM dari semasa ke semasa mengikut keperluan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: