Lanun pengganas wanita
Baru-baru ini salah seorang pengganas militan Sulu dikenalpasti seorang wanita.
Dia dikatakan berjaya ditembak mati dalam salah satu pertempuran dengan pasukan keselamatan kita.
Dengan berpakaian celoreng bercorak ala-ala harimau bintang, wanita ini 
terbujur kaku dimamah peluru yang dimuntahkan oleh anggota komando yang 
terlibat dalam Ops Daulat.
Sebenarnya penglibatan wanita dan kanak-kanak dalam peperangan gerila 
menentang pasukan keselamatan kita bukanlah satu perkara yang 
mengejutkan.
Ini kerana sumber risikan memberitahu yang Sultan Jamalul Kiram III 
memang menggunakan golongan tersebut sebagai ‘perisai’ dengan harapan 
pasukan keselamatan akan berfikir ‘dua kali’ untuk menyerang mereka.
Namun pada golongan berkenaan pula, Sultan Jamalul Kiram III cuba 
berbohong dengan menyatakan tujuan mereka dihantar untuk berperang 
dengan kerajaan Malaysia adalah demi perjuangan menegakkan Islam, demi 
mempertahankan tanah milik nenek moyang mereka dan berbagai lagi alasan 
hingga menyebabkan kaum wanita mereka ‘bersemangat’ untuk mengangkat 
senjata.
Paling menyedihkan, di saat kaum wanita mereka DIRACUN pemikiran dan 
tipu helah Sultan Jamalul  Kiram III Raja Lanun ini, anaknya, Jacel 
bersenang-lenang di Manila bersama bapanya.
Bahkan lebih menyakitkan hati, Jacel sempat lagi membuka akaun Twitter (@jacelkiram), nama yang digunakan…Princess Jacel Kiram!
Sudahlah bapanya sendiri pun tidak diiktiraf Sultan Sulu yang sebenar, 
si anak pula dengan bangganya menggelarkan diri sendiri dengan panggilan
 puteri!
Sayang sekali, permainan sandiwara Sultan Jamalul Kiram III ini masih gagal difahami oleh para pengikut taksubnya.
Si isteri sanggup meninggalkan keluarga, si suami sanggup mati, si anak 
yang tidak berdosa juga dibawa sekali ke medan perang demi nafsu dan 
ketamakan kuasa sultan mereka.
Akhirnya si isteri yang selama ini tidak pernah mengangkat senjata dan 
tak tahu apa-apa mati di hujung peluru, meninggalkan keluarga dan anak 
terkontang-kanting di kampung sedangkan Sultan Kiram III dan 
anak-anaknya masih segar bugar di istana mereka. 
 




 


 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar





















































No comments:
Post a Comment