Google+ Followers

Tuesday, 5 March 2013

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PERWIRA TERKORBAN MELALUI TABUNG KEBAJIKAN PDRM

Pihak polis menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat mereka untuk menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban/cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah. 

Sehubungan itu, segala bentuk bantuan boleh disalurkan melalui TABUNG KEBAJIKAN PDRM, Nombor Akaun Maybank: 564100004646 atau sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur. 

Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur, emel : kebajikan_ba@rmp.gov.my atau fak: 03-26912501.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.

PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: