Google+ Followers

Friday, 8 March 2013

TIMBALAN KETUA POLIS NAFI KHABAR ANGIN DI PESISIRAN PANTAI SABAH

Kuching, 6 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan khabar angin yang memberi gambaran bahawa pergerakan di pesisiran pantai timur Sabah mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.

Beliau berkata sebaliknya, pemeriksaan polis mendapati ia adalah pergerakan biasa masyarakat tempatan di kawasan terbabit, termasuk di Lahad Datu dan Semporna.

"Saya menyeru orang ramai jangan terus mempercayai khabar angin yang boleh menggemparkan masyarakat. Polis mengambil berat sebarang kejadian atau maklumat yang diterima untuk disiasat. Jangan risau," katanya kepada pemberita selepas istiadat pengebumian negeri mendiang DSP Michael Padel di Tanah Perkuburan Pahlawan di sini.

Beliau berkata polis bersama Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan kehadiran di seluruh negeri Sabah, khususnya di pantai timur dan pulau berhampiran bagi memastikan keselamatan manakala orang awam juga boleh menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan polis Sabah.

Abdul Khalid turut menyatakan rasa terharu terhadap penghormatan oleh kerajaan negeri Sarawak agar mendiang Michael disemadikan di perkuburan pahlawan bersama wira Sarawak, termasuk Datuk Temenggong Kanang Langkau.

Katanya penghormatan itu akan meningkatkan lagi semangat pasukan polis di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: