Balu kepada Allahyarham Sarjan Abd Azis
Sarikon, Siti Bandorah Mahalil, 39, membacakan surat ucapan takziah
daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama anak-anaknya
(dari kiri) Nurul Syazwani, 12, dan Nurul Liyana, 15, di kediamannya di
Semporna pada Khamis.Sarjan Abdul Azis dari Pasukan Gerakan Am (PGA)
Tawau merupakan salah seorang dari enam anggota polis yang maut dalam
serangan penceroboh di kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, 2 Mac
lepas.-Foto BERNAMA
Sumbangan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman kepada balu allahyarham, Siti Badorah Mahalil di kediamannya di Taman Pelangi, dekat sini.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Siti Badorah, 39, berkata wang berkenaan akan digunakan sebaik-baiknya untuk kehidupan mereka sekeluarga, terutamanya dalam memberi kehidupan lebih baik kepada empat anaknya berumur antara tujuh dan 18 tahun.
"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan dan bantuan yang diberi. Bantuan ini adalah untuk masa depan anak-anak saya," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya Datuk Ramlee Marhaban dan Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah.
Ramlee berkata sumbangan itu tanda keperihatinan dan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Allahyarham Abd Azis, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau merupakan seorang daripada enam anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di perkampungan air itu, dan berasal dari Batu Pahat, Johor. DI TAWAU, Sukarti turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada balu Allahyarham Koperal Salam Togiran, Marlina Utan, 38, di Bandar Seri Indah.
Marlina mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan kebajikan keluarganya.
Salam, 42, terkorban dalam insiden serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna, pada 2 Mac lepas.BERNAMA
No comments:
Post a Comment